PUTERI MUSLIMAH SEJATI


Wahai puteri lihat di sana
Islammu kini ketandusan pembela
Bersama sendu mengalir lesu
Tertunggu-tunggu mujaddid baru
Kembangnya kini diulit sepi
Tiada lagi rijaluddin sejati
Wahai puteri khidmatmu dinanti

Ummah derita engkau pengubatnya
Kelembutanmu penawar sengsara
Engkau penyeri Islam dan tamannya
Tanganmu bakal menggoncang dunia

Namun ingat puteri ilmu perlu dicari
Buat bekalan dalam perjuanganmu nanti
Pembimbing diri dari taghut dibenci
Tuntutlah seikhlas hati

Wahai puteri kau muslimah sejati
Teguhkan iman taqwamu di hati
Taqarrubbillah takhta peribadi
Amalmu menjadi bukti

Sabarmu dikagumi pasrah pada ilahi
Redha menghadapi mehnah rabbulizzati
Usah ditangisi takdir yang sudah pasti
Pengorbananmukan disanjungi

Puteri solehah mujahidah ansarullah
Berbekal iman taqwa sabar dan redha
Berilmu beramal berkhidmat berjuang
Berkorban agar Islam kan gemilang
Bersama puteri Islam takkan sepi
Subur disirami harum mewangi

RAHMAT DI SEBALIK UJIAN

                                                 Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Al-Quran kepada hamba-Nya, yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kita, siapa di antara kita yang lebih baik amalnya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Allah telah memuliakan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dia menghantar Rasul-Nya untuk mengeluarkan manusia daripada gelap gelita kepada cahaya terang benderang, menuju Tuhan. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan tujuan dan bersebab. Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi, dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, yang telah dihantar oleh Allah kepada Umat Manusia sebagai satu anugerah, membawa Rahmah ke seluruh pelosok alam. Demi Allah, sungguh tidak akan sesat orang yang berpegang pada tali agama Allah, menggigit Al-Quran dan Sunnah dengan gigi gerahamnya dan dia sama sekali tidak pernah mencari selainnya sebagai sesuatu yang lebih agung dan lebih utama.

Hidup ini adalah satu medan ujian. Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan dan bukan destinasi. Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran. Tanpa ujian, manusia takkan pernah terhantuk dan tengadah, bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan. Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita. Ujian membuatkan kita mendongak ke langit, menadah tangan memohon perhatian Tuhan. Kita selalu lupa, namun Allah tak pernah sekali-kali lalai daripada hamba-Nya.

Di hujung ujian ada Rahmat yang disediakan buat orang-orang yang berjaya, dan penyesalan buat orang-orang yang gagal. Jika kita tak pernah memahami atau cuba untuk mengerti hakikat ini, maka kita akan terus terkandas dalam ujian. Ujian demi ujian, keluhan demi keluhan, hidup terus berjalan dengan tertekan, tak pernah merasakan kenikmatan di sebalik ujian. Maka kita sangat perlu memahaminya, bahawa Rahmat Allah menanti di sebalik sesebuah ujian. Ujian itu takkan pernah hilang daripada papan cerita kehidupan ini.

Ujian membawa kita semakin dekat dengan pemberi ujian, mungkin juga sebaliknya. Ujian adalah lambang kasih sayang pencipta. Itu tanda Allah sentiasa mengambil berat dan tak pernah meninggalkan kita sendirian, kita bagaimana?

Ujian dan Iman
Firman Allah dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-2, ertinya:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”
Ayat ini menggambarkan kepada kita betapa iman itu berkait rapat dengan ujian. Kenikmatan iman itu dikecapi setelah kita berjaya melalui beberapa siri ujian yang telah ditetapkan oleh Allah. Semakin hebat ujian, semakin manis iman yang bakal kita rasai di penghujungnya, bagi orang-orang yang berjaya melaluinya. Jika kita gagal menempuhinya dengan baik, kita akan terus diberi peluang dan didatangkan lagi dengan ujian-ujian yang lain. Kita akan semakin tersasar jika kita terus menerus gagal dan tak belajar menjadi lebih baik. Allah itu begitu Maha Pengasih dan masih memberi ruang kepada kita belajar daripada ujian.

Firman Allah lagi dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-3, ertinya:

“Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
Iman itu memerlukan pembuktian. Seberat-berat ujian yang pernah kita alami, tak mungkin seberat Bilal Bin Rabah R.A. tatkala menampung batu besar di terik panas matahari padang pasir. Khabbab Bin ‘Arath R.A. begitu terseksa saat besi panas yang membara di atas kepalanya membakar dan menghanguskannya. Namun, mereka telah membuktikan keimanan mereka dan Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta. Di hujung penderitaan yang dialami generasi awal Islam itu, mereka mengakhiri kehidupan menuju alam abadi dengan penuh ketenangan.

Ujian itu adalah tempaan Allah buat orang-orang beriman. Pedang yang hebat takkan terbentuk jika tidak diketuk, dipanaskan dan ditempa dengan baik. Maka kita beruntung kerana Allah akan mengangkat darjat kita dengan ujian yang diturunkannya. Allah ingin memberikan berita gembira kepada kita jika kita bersabar atas ujian yang kita hadapi.

Lihatlah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 155-156, ertinya:

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan)””

Ujian Pelbagai Bentuk

Tahap ujian yang ditimpakan oleh Allah kepada manusia itu berbeza-beza, berdasarkan kepada keimanannya. Bentuk ujian itu juga pelbagai. Ada orang diuji dengan wanita, yang lainnya dengan harta, anak-anak, kesusahan, kawan-kawan dan sebagainya. Bagi para pelajar, peperiksaan itu juga satu bentuk ujian. Hakikatnya, kehidupan ini sendiri keseluruhannya adalah medan ujian, akhirat nanti medan ganjaran.

Biar apa juga bentuk ujian yang kita alami, Rahmat Allah tetap akan mengiringi jika kita menghadapinya dengan penuh sabar dan pengharapan kepada Allah. Allah sangat-sangat suka jika hamba-Nya mengadu kepada-Nya, menitiskan air mata di balik tirai malam dan mengakui kelemahannya. Tidak dapat tidak, ujian itu harus dilalui dengan penuh pengharapan kepada pertolongan Allah, kebergantungan yang sepenuhnya kepada pemilik diri kita. Jika tidak, kita akan buntu mencari jalan, kerana hanya Dia penunjuk jalan.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 153, ertinya:

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan Solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Ayat ini begitu dalam maknanya bagi orang-orang yang ingin memahami, dan begitu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. Sabar dan Solat itu kunci dalam memohon pertolongan Allah. Sampai bila kita harus bersabar? Sampai Allah memberikan pertolongan. Selagi kita diuji, selagi itulah kita bersabar.

Rasulullah adalah orang yang paling hebat kesabarannya bahkan paling besar ujiannya. Dan baginda jugalah yang paling mulia di sisi Allah di kalangan seluruh Umat manusia. Maka ujian itu sememangnya menuntut kesabaran, dan kesabaran akan mengangkat darjat seorang manusia.

“Dari Abu Hurairah R.A., ada seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W., “Berilah aku wasiat.” Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jangan marah!” Beliau mengulang-ulang beberapa kali ucapan, “Jangan marah!” (HR Bukhari) Kesimpulannya, ujian itu pasti. Pergantungan kepada Allahlah yang akan membuatkan kita tenang menghadapinya. Mungkin kita sudah puas membaca, sekarang mari kita sama-sama merasa. Wallahua’lam.

Mujahadah Cinta Pada ALLAH

Saban hari, terlintas satu ketika dan setiap masa tentang mencari keredhaanNya. Dan hari demi hari, hakikat yang sentiasa perlu diterima iaitu belum sampai masanya untuk kita berjumpa dengan Allah. MasyaAllah, kerinduan untuk melihat Allah itu pasti hadir di relung hati mereka yang bergelar insan bersama tautan akidah pengakuan Allah Yang Maha Esa. Tertunggu saat bilakah boleh berjumpa denganNya?

Masya-Allah, tatkala persoalan itu diajukan pada hati dan juga sahabat..... Persoalan yang hanya dijawab dengan persoalan yang lain.

"Sudah bersediakah diri ukhti untuk mengadapNya?"

"Bagaimana dengan amanah-amanah ukhti?"

"Sudah selesaikah semua hutang yang perlu dibayar?"

"Sudah cukupkah amalan untuk dibawa sebagai bukti tanda cinta pada Allah dan rasulNya?"

"Bagaimana dengan dosa-dosa kita yang lalu?"

SubhanAllah, beristigfar panjang ana dibuatnya. Ikhwah wa akhwat yang dirahmati Allah, perjuangan belum selesai lagi. Andai mungkin diri kalah pada nafsu dan bisikan syaitan pada hari ini, teruslah melangkah walau dengan lelah kerana kasih dan cinta Allah. Kerana itulah dinamakan mujahadah. Bersama memerangi anasir dalaman dan luaran kerana memperjuangkan sesuatu yang hak. Diri ingin mengajak antum semua mencari walau sedikit kekuatan dalam diri yang mungkin remuk rendam dibanjiri rasa serba salah, sedih, kecewa, marah, berdosa, takut, lelah, letih dan sebagainya dalam melangkah menggapai redhaNya. Kerana ujian-ujian yang hadir pada diri yang mengaku mencintai Allah. Bukankah tanda-tanda Mahabbatillah ialah Ar-redha ataupun rela?

Teringat pesan sahibah; yang penting ialah usaha dan bukan natijahnya. Andai mungkin diungkapkan kata-kata untuk dibawa ke ruang muhasabah, diri ini dan semua pasti diuji dengan sesuatu yang tidak dijangka, namun sesuai dengan kesanggupannya. Bersama amanah-amanah bernama hamba Allah, khalifah Allah, daie, murabbi, mutarabbi, student, anak, kakak atau abang, pekerja, suami atau isteri, ayah atau ibu dan sebagainy.

MasyAllah. Tenangkan diri antum semua. Cari ketenangan dalam alunan zikirullah dan ayat cinta Allah; Al-Quran. Biar kata-kata indah itu berkumandang lembut di hati antum yang bergelar insan. Lihat pada keagungan Allah yang terbentang indah di hadapan mata. Keajaiban Allah yang ada pada angin yang menerpa diri, pada pokok yang berdiri teguh pada akarnya, pada bunga yang mekar mewangi, pada diri seorang anak, sahabat, ibu, ataupun pada kucing yang antum sayangi. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang......

Teringat pada satu ketika. Diri seperti ditegur dengan hadirnya satu jasad dalam mimpi pada waktu diri sangat larut dipupuk tidur yang nyenyak. Persoalan yang diajukan pada diri tidak akan pernah hilang di dalam hati;

"Apakah bukti cinta anti pada Allah?" Astaghfirullah. Bagai dibangunkan untuk tahajud dengan hati yang gundah gelana dan kemarahan pada diri yang lalai dan berdosa. Diri terus melangkah berwuduk dan menghadap Allah mengadu dan memohon kemaafan padaNya tentang kelemahan dan kelalaian diri ini.

Dan persoalan yang sama ana tanyakan pada antum semua, APAKAH BUKTI CINTA ANTUM PADA ALLAH?

Kembali kepada amana-amanah dan ujian yang datang menyapa diri. Sebagai tanda kasih dan sayang Allah yang menjadi tarbiyah buat diri antum yang terpilih oleh Allah. Dan tatklala sedang menatap tugasan-tugasan, amanah dan sebagainya, yakinlah pada diri bahawa antum sedang melakukan satu bentuk ibadah pada Allah dengan menyediakan diri untuk memikul tanggungjawab yang bakal menjelma. Menjadi wadah mencari pahala dan saham akhirat untuk menyediakan diri dan keluarga untuk berjumpa dengan Allah, tanda memenuhi perjuangan, amanah dan bukti cinta pada Allah. Tidak ketinggalan dengan ibadah fardhu ain dan ibadah sunat yang lain yang menjadi teras utama kuntuman bunga cinta Allah yang mekar di hati antum semua. Teruskan usaha dan bertawakallah padaNya.

Pada yang bergelar daie, guru, murabbi, mu'allim dan sebagainya. Saham akhirat berbentuk ilmu yang bermanfaat hendaklah sentiasa dicari. Hadirnya diri antum sebagai perantaraan hidayah Allah pada hati-hati manusia dengan mengungkapkan keindahan ilmu Allah yang ada pada antum semua. Menanamkan sifat mahmudah dan mendidik hati-hati di luar sana kepada pengislahan diri kembali kepada fitrah manusia yang sebenarnya iaitu beriman kepada Allah. Teruskanlah mujahadah wahai diri yang lelah. Tanda cintaku dan cintamu pada Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Dan kepada yang masih belajar, ilmu itu membuka banyak pintu kebahagiaan. "

...Dan Allah akan meninggikan orang-orang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat....." (58:11)

Ingin ana ungkapkan hadis yang sangat dekat dihati ana;
'Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya' (Riwayat Bukhari)

AIR MATA KEINSAFAN...


Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Illahi?
Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?


Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa...?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w.?
Kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam...
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah...
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurgaMu ya Allah...
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api nerakaMu...


Ya Allah.....
Hinanya diri ku ini ya Allah...
Kotornya diri ku ini ya Allah...
Jijiknya diri ku ini ya Allah...
Berilah hidayah padaku ya Allah...
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat...
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku...
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini...
Tidak sanggup ya Allah...
Segala-galanya aku berserah pada Mu...
Aku tidak dapat membayangkan diriku tanpa pimpinanMu ya Allah...
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandanganMu...
Astaghfirullahal'azim...
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku...
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya...


Air mata membasahi pipi...


Adakah ini air mata keinsafan???
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini...
Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan...
Aku ingin meminta sesuatu dari Mu...
Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah...


Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna...
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau...
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub...
Tapi ya Allah... aku malu ya Allah untuk menyatakannya...
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama Syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini...
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...
Aku tidak layak memikirkan tentangnya...


Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka...?
Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau...
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita.
Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.
Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah...?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah...
Sungguh hina diri ini... sungguh kotor diri ini...
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka...


Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
Namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...


Ya Allah...,
Pimpinlah daku...
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina...
Ampunilah aku ya Allah...
Astaghfirullaha'lazim...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim.


Ciri-ciri Wanita di Akhirat Kelak

Ciri-ciri wanita penghuni Syurga adalah :

1. Wanita yg selalu menjalankan perintah ALLAH dan wanita yg selalu mentaati segala perintah suaminya.
2. Wanita yg bisa menjaga kehormatan keluarganya dan bisa menutupi aib suaminya serta bisa menjaga kehormatannya bila suaminya sedang bepergian.
3. Wanita yg amanah,qona'ah dan yg sabar menghadapi keluarga atau suaminya.
4. Wanita yg tidak pernah menyakiti hati suaminya.

Sedang ciri-ciri wanita penghuni neraka yaitu :

1. Wanita yg selalu menyakiti hati suaminya dan tidak bisa menjaga auratnya.
2. Wanita yg tidak bisa menjaga kehormatannya apabila suaminya bepergian.
3. Wanita yg selalu menentang perintah suaminya.
4. Wanita yg kerjaannya selalu makan,tidur dan bermalas-malasan saja.

Apabila diantara wanita ada yang memiliki ciri-ciri seperti itu,maka wanita itu kelak akan menjadi penghuni neraka.
Sayyidina Ali Karomah Allahu Wajha berkata :Pada suatu hari ia dan istrinya (Siti Fatimah Azzahra) bertamu kerumah Baginda Rasulullah dan pada saat itu beliau nampak menangis hingga tersedu-sedu,lalu Sayyidina Ali bertanya :"Ya Rasul,ada apa gerangan hingga engkau menangis sedemikian sedihnya,lalu Rasulullah berkata :"Ya Sayyidina Ali ,pada saat aku di Isra'kan kelangit,aku melihat banyak para wanita dari umatku disiksa dengan berbagai macam siksaan,pertama aku melihat seorang wanita yg digantung dengan rambutnya lalu disiram dengan timah panas,itu disebabkan karena wanita itu tidak bisa menjaga auratnya..

Sedang ciri-ciri wanita penghuni syurga menurut Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah dalam kitabnya yg bernama Majmu' Fatawa adalah :

1. Bertakwa
2. Beriman kepada ALLAH,malaikat-malaikat-Nya,kitab-kitab-Nya,rasul-rasul-Nya,dan beriman kepada takdir yg baik dan yg buruk
3. Bersaksi bahwa tiada tuhan yg berhak disembah kecuali ALLAH,bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-NYA,mendirikan sholat,menunaikan zakat,berpuasa dibulan ramadhan,dan berhaji bagi yg mampu
4. Ihsan
5. Ikhlas
6. Gemar membaca Al-Quran
7. Menghidupkan amar ma'ruf nahi mungkar
8. Berinfaq/bersadaqoh
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yg memutuskannya dan pemaaf
10. Bersikap adil
11. Menjaga lisannya dari perkataan dusta
12. Amanah dan menepati janji
13. Berbakti kepada orang tua
14. Menyambung tali silaturahmi dengan karib kerabatnya,sahabat terdekat dan terjauh

"......dan barang siapa taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya,niscaya ALLAH memasukkannya kedalam surga yg mengalir didalamnya sungai-sungai,sedang mereka kekal didalamnya dan itulah kemenangan yg besar (An-Nisa (4) : 13)

Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan.
QS. an-Nisa' (4) : 14

Wallahu'alam Bisshawab.

Tujuh Ciri-ciri Penghuni Syurga Firdaus


Sahabat yang dirahmati Allah,
Syurga adalah tempat balasan yang disediakan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya yang beriman, bertakwa dan mengerjakan amal soleh. Setiap amal ibadah, amal soleh dan kerja-kerja kebajikan yang kita kerjakan hendaklah dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. bukanlah mengharapkan ganjarannya. Ganjaran atau pahala memang telah disediakan oleh Allah s.w.t. tetapi sebagai hamba yang merendahkan diri kepada-Nya dengan rasa khusyuk semua amalan yang dilakukan hanya semata-mata mengharapkan redha dan rahmat-Nya.

Sahabat yang dimuliakan,

Manusia akan memperoleh ganjaran setimpal berdasarkan usaha atau amalan dilakukannya baik perkara kecil atau besar yang tergolong dalam perbuatan yang baik dan buruk.

Allah berfirman yang bermaksud: “Barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya).”

(Surah al-Zalzalah, ayat 7-8) .

Setiap apa yang dilakukan memberi kesan kepada diri manusia itu dan mereka yang beriman dan bertakwa pastinya berusaha melakukan lebih banyak perbuatan baik.


Orang Mukmin yang taat adalah golongan yang mendapat kemuliaan dan kasih sayang Allah dan dijanjikan sebagai penghuni Syurga bernama Firdaus yang kekal di dalamnya. Firdaus adalah nama Syurga yang pertama (paling atas sekali). Tujuh ciri-ciri dimiliki golongan ini yang di dinyatakan Allah s.w.t.di dalam al-Qur'an Surah al-Mukminun, ayat 1 hingga 11.


Tujuh ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut :


Pertama : Khusyuk dalam menunaikan solat.

Insan yang Mukmin mampu melaksanakan solat dengan khusyuk sesuai dengan keteguhan dan kemantapan iman dimilikinya. Pengertian khusyuk mencakupi seseorang itu memahami apa yang dibaca dan dilakukannya dalam solat.

Menurut Imam al-Ghazali, dalam khusyuk itu juga harus ada rasa takut kepada Allah. Solat yang dikerjakan dengan khusyuk adalah syarat pertama untuk mewarisi syurga Firdaus.


Kedua : Memelihara diri daripada perbuatan yang tiada berguna.

Seseorang yang benar-benar Mukmin tidak akan membiarkan masa berlalu dengan tidak melakukan perkara berfaedah. Ia akan menggunakan sepenuh masa yang ada untuk mencari keredhaan Allah. Masa adalah kehidupan tidak berlalu masa itu melainkan telah habis sebahagiaan daripada kehidupannya. Oleh itu setiap saat masa berlalu akan dipenuhi dengan amal soleh dan kebaikan kerana setiap sesuatu itu akan ditanya oleh Allah s.w.t dihari akhirat nanti.

Ketiga : Menunaikan zakat.

Seorang Muslim sejati akan rela dengan ikhlas menunaikan kewajipan zakatnya tanpa wujud paksaan, lantaran sedar bahawa hartanya sudah memenuhi syarat untuk berzakat.

Selain itu, dia sedar bahawa pada harta miliknya itu ada hak orang lain yang harus diberikan, terutama hak fakir miskin. Hartanya yang sebenar hanyalah harta yang tinggal selepas dikeluarkan zakatnya.


Keempat : Memelihara kehormatan

Orang Mukmin berjaya akan menghindarkan diri daripada melakukan penyimpangan dalam hal seksual dan tidak mendekati zina. Dia tidak akan berlaku serong dan hanya menyalurkan keinginan syahwat (persetubuhan) melalui jalan halal dengan pasangan sah sahaja.

Kelima : Melaksanakan amanah.

Seseorang Mukmin yang diberi kepercayaan akan menunaikannya dengan baik kerana kepercayaan itu adalah penghormatan paling berharga baginya.

Keenam : Memenuhi janji.

Islam mengajar bahawa setiap janji mesti ditunaikan kerana janji itu ibarat hutang. Lantaran itu ia perlu dibayar. Segala sesuatu yang dijanjikan perlu dipenuhi kerana yang demikian adalah ciri Mukmin berjaya.

Ketujuh : Memelihara solat.

Solat pada pandangan Mukmin sejati paling penting. Jadi, solat mereka cukup terpelihara, sehingga dapat dilaksanakan dengan begitu baik lagi sempurna. Waktu solat dijaga dengan baik seperti solat pada awal waktu. Begitu juga dengan rukun dan pelbagai syarat lainnya yang mana semuanya itu sangat diberi perhatian.

Sahabat yang dihormati,

Sekirannya kita dapat melaksanakan tujuk ciri-ciri di atas dengan ikhlas, sabar dan istiqamah, insya Allah Syurga Firdaus akan dikurnaikan oleh Allah s.w.t. sebagaimana janji Allah di dalam Surah al-Mukminun ayat 1 hingga 11.

Apa Yang Seorang Muslimah Solehah Itu Tidak Lakukan?

Kain Yang Nipis

Muslimah tidak menggunakan kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg tidak layak dipakai oleh muslimah..

Rantai Kaki

Muslimah tidak menggunakan rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

Minyak Wangi

Muslimah tidak menggunakan minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

Kata-kata

Muslimah tidak menggunakan kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

Apabila Berbicara

Muslimah tidak menggunakan masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

Pemakaian

Muslimah tidak menggunakan tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

Muslimah tidak menggunakan kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.

Bahasa Percakapan

Muslimah tidak menggunakan lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya memujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini “?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

Make-up

Muslimah tidak menggunakan make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya.



9TIPS Menutup Aurat Supaya Kelihatan Lebih Cantik Disisi Allah


Semoga ia dapat menjadi penguat hati wanita untuk mula menutup aurat dan kekal menutup aurat…

1. TAHU

Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.

2. SEDAR

Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR

Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN

Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”

5. ASINGKAN

Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.

6. MALU

Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. SAHABAT

Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.

8. EKSKLUSIF

Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT

Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.

4 Perkara Yang Allah Sembunyikan Dari Kita

Sesungguhnya Allah S.W.T menyembunyikan empat perkara dalam empat keadaan :

1) Disembunyikan redha-Nya pada ketaatan hamba-Nya.

Maka janganlah menghina amal yang remeh dan sedikit, kemungkinan ada pada amal tersebut terdapat redha Allah tanpa diketahui.

2) Disembunyikan kemurkaan-Nya pada kemaksiatan hamba-Nya.

Maka janganlah memperkecilkan dosa yang kecil, kemungkinan terdapat kemurkaan Allah yang tidak diketahui.

3) Disembunyikan juga waktu dikabulkan doa.

Maka janganlah memandang remeh dalam berdoa. Boleh jadi doa tersebut bertepatan dengan waktu dimakbulkan doa, sedangkan manusia itu tidak mengetahui.

4) Dan didembunyikan juga wali dikalangan hamba-Nya.

Maka janganlah kamu memperlekehkan mereka yang berpakaian hodoh dan buruk. Barangkali dia wali Allah tetapi kamu tidak mengetahuinya.


Kenapa Perlu Mengumpul Saham Akhirat & Bagaimana Caranya?

Mungkin ramai yang tahu bahawa saham akhirat perlu dikumpul dengan melakukan amal soleh supaya dapat memiliki syurga dan menghindari diri dari api neraka. Tetapi cukupkah amalan yang kita lakukan sepanjang hidup ini untuk menampung dosa-dosa yang pernah kita lakukan samada dalam sedar ataupun tidak? Kaya pahala di dunia belum tentu kaya juga di akhirat kelak. Kerana pahala yang kita miliki hari ini perlu digunakan untuk membayar hutang-hutang dosa yang kita lakukan. Terdapat 2 dosa yang perlu kita tanggung sepanjang hidup di atas dunia ini sepertimana berikut:


  1. Dosa dengan Allah
  2. Dosa dengan manusia dan makhluk Allah yang lain

Kita mungkin akan terselamat dari dosa dengan Allah selagi mana kita bertaubat. Itulah janji Allah yang maha penyayang. Tetapi bagaimana dosa kita dengan manusia? Dosa kita dengan haiwan? Dosa-dosa ini tidak terampun selagi kita tidak memohon maaf dengan mereka meskipun kita sudah bertaubat.

Dosa yang tidak terhapus ini akan menjadi beban hutang yang sangat banyak kepada kita. Di hari perhitungan kelak kita akan membayar hutang-hutang ini dengan pahala yang berjaya kita kumpulkan sepanjang hidup di atas dunia. Fikirkan sendiri, cukupkah saham pahala yang kita kumpulkan selama ini untuk membayar hutang dosa-dosa kita? Jika tidak cukup, maka kita terpaksa mengambil dosa dari mereka pula.

Satu hari Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabat,

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”…Jawab sahabat, “Orang yang muflis itu wahai Rasulullah ialah orang yang habis hartanya dan perkakas rumahnya untuk membayar hutang dan belum juga selesai, sehingga ia tidak punya harta dan perkakas rumah lagi.”…Kata Nabi saw, “Bukan macam tu. Sebenarnya orang yang muflis ialah mereka yang datang pada hari qiamat dengan sembahyangnya yang cantik, dengan zakatnya yang cukup, dengan puasanya yang penuh; tetapi ia telah memaki ini, menuduh itu, memakan harta ini, menumpahkan darah itu, memukul ini. Maka dibayarkan untuk semua itu dari hasanat-hasanatnya. Kemudian bila telah habis segala pahalanya sebelum selesai membayar tanggungan hutangnya, maka diambilkan pula dosa-dosa orang yang diganggunya itu dan ditanggungkan kepadanya. Kemudian dilemparkan dia ke dalam neraka.”. (Riwayat Muslim dan Tirmizi)

Nah! Bayangkan sendiri! Mereka yang sempurna solatnya, cukup zakatnya dan baik amalan puasanya pun akan menjadi muflis disebabkan amalan buruknya di atas. Bagaimana pula dengan kita yang belum tentu memiliki solat yang baik, terlepas membayar zakat, tidak sempurna puasa dan amalan-amalan lain yang dilakukan? Mampukah kita membayar orang dengan pahala yang kita ada?

Seorang pembaca blog ini pernah bertanya kepada saya,

"Salam..Saya ingin bertaubat kerana sebelum ini saya banyak mengumpat orang, sejak zaman sekolah dahulu lagi. Tapi masalah saya sekarang,bagaimana saya ingin meminta maaf pada mereka sedangkan saya tidak berhubung lagi dengan mereka..kawan-kawan sekolah dan ipt dulu..sekarang saya pun sudah kahwin..kalau sekadar solat taubat, adakah taubat saya diterima?"

Saya yakin bahawa bukan pembaca ini sahaja yang mengalami masalah ini. Ia juga pernah berlaku kepada saya samada sedar ataupun tidak. Ia juga mungkin pernah berlaku kepada anda samada anda sedar ataupun tidak! Jika berlaku perkara seperti ini, kita perlu banyak-banyak bertaubat. Berdoa kepada Allah semoga ditemukan kembali dengan insan yang pernah kita umpat dan berkata buruk kepada mereka. Sesungguhnya dosa dengan mereka tidak terampun selagi mereka tidak memaafkan kita. Namun jangan sesekali berputus asa dengan pengampunan Allah. Orang yang bersungguh-sungguh dalam mencari keredhaan dan bertaubat dengan Allah, akan dipermudahkan segala urusannya.

Daripada Abu Hurairah ra. bahawa Nabi saw bersabda,

“Sesiapa yang merasa berbuat zalim terhadap saudaranya, samada merupakan kehormatan atau harta, maka hendaklah dia meminta dihalalkan sekarang juga, sebelum dituntut pada hari yang tidak ada dinar/dirham (hari qiamat), maka pada waktu itu jika ia mempunyai amal soleh maka diambil pahalanya menurut kadar kezalimannya. Tunggulah pada hari qiamat, kalau dia ada pahala amal soleh, maka Allah akan ambil dan bagi pada orang yang pernah dizaliminya berdasarkan kadar kezaliman yang dia lakukan pada orang itu. Dan kalau dia tidak ada amal soleh, maka diambil kejahatan orang itu dan dipikulkan kepadanya.” (Riwayat Bukhari)



Nabi Muhamad sudah berpesan kepada kita sejak dari dulu supaya segera meminta maaf dan dihalalkan semua perkara zalim yang kita lakukan terhadap orang lain. Samada zalim terhadap kehormatannya (mengumpat, fitnah) ataupun zalim terhadap hartanya (hutang, mencuri).

Jadi inilah maksud saya kenapa kita perlu mengumpul saham akhirat. Bukan setakat mengumpul tetapi kita perlu gandakan ia sebanyak-banyakkanya supaya kita tidak menjadi orang yang muflis di akhirat kelak. Tindakan kita untuk mengumpul saham akhirat ini bukan bermaksud kita ingin lari dari memohon maaf tetapi sekadar bekalan untuk menampung dosa-dosa dengan orang yang belum sempat kita memohon maaf dari mereka.

Rasulullah telah menyatakan bahawa terdapat 3 aliran pahala yang tidak akan putus sampai kepada kita meskipun kita telah meninggal dunia. 3 aliran pahala itu ialah:

  1. Sedekah jariah.
  2. Ilmu yang diamalkan.
  3. Anak soleh.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘an bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. (Hadith riwayat Imam Muslim)

Sedekah Jariah

Sesiapa pun boleh memberikan sedekah tidak kira samada orang kaya mahupun miskin. Sedekah tidak semestinya dengan harta. Boleh juga sedekahkan tenaga dan masa. Sebagai contoh ada seorang hartawan ingin membina sebuah masjid untuk kegunaan orang ramai, mereka yang kurang mempunyai wang boleh menderma RM10, RM5, RM1 dan sebagainya. Buat mereka yang tiada wang pula boleh berikan masa dan tenaga mereka untuk tolong membina masjid tersebut. Sedekah jariah juga tidak terbatas di masjid saja. Di mana-mana saja sedekah boleh diberikan. Samada barangan dapur, kelengkapan rumah, pakaian, wang dan apa-apa saja yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.” H.R. Ahmad.

Ilmu Yang Diamalkan

Ilmu itu maksudnya luas. Tidak semestinya ilmu agama. Apa sahaja ilmu yang boleh diamal dan dimanfaatkan oleh orang lain bakal memberikan pahala yang tidak putus-putus kepada kita. Berikan ilmu tentang perniagaan yang halal, berikan ilmu cara mendidik anak, ilmu dalam memotivasikan diri dan apa jua ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai dengan ikhlas dan sabar. Sampaikan pesanan Rasulullah walaupun satu ayat!

Di zaman moden yang sedang kita lalui sekarang begitu mudah untuk kita kongsikan ilmu kepada orang ramai. Kita boleh menulis status yang baik-baik setiap hari dalam Facebook. Boleh menulis artikel-artikel yang bermanfaat. Berkongsi ilmu-ilmu agama melalui penulisan buku, blog dan pelbagai lagi laman sosial yang wujud ketika ini. Tetapi sayangnya ramai di antara kita leka dan sibuk dengan perkara yang sia-sia. Facebook digunakan untuk mengorat gadis-gadis cantik. Yang gadis pula sibuk memaparkan aksi-aksi seksi dan ghairah mereka dalam Facebook dengan menunjukkan aurat dan pelbagai gaya yang tidak senonoh.

Anak Yang Soleh

Buat mereka yang mempunyai anak, ketahuilah anda mempunyai permata yang amat bernilai. Didik mereka sebaik-baiknya supaya menjadi anak yang soleh dan solehah. Amalan kebajikan mereka akan sampai kepada kita sehingga akhir hayat mereka.

Inilah 3 aliran pahala yang tidak akan putus-putus sampai kepada kita meskipun kita telah meninggal dunia. Semoga bekalan ini mampu untuk menampung sisa-sisa pahala yang mampu kita kumpulkan sepanjang hidup di atas muka bumi ini. Jangan sampai kita menjadi seorang yang muflis di hari pembalasan kelak.

Banyakkan berdoa, bertafakkur, bertaubat dan menginsafkan diri supaya kita dilindungi dari dosa yang tidak kita ketahui dan dari dosa yang tidak terampun. Insya-Allah…

9 TIPS Kecantikan Berkesan Untuk Wanita Muslimah


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu.”
(Riwayat Muslim)

Baca dan fahami nasihat ini supaya kita akan kekal menawan dan cantik sepanjang hidup.

1) Untuk mencantikkan mata, tundukkan pandangan anda terhadap lelaki, ini akan menyebabkan mata anda bercahaya dan bersinar.

2) Untuk mendapatkan wajah yang menawan dan bersinar-sinar, sentiasa mengambil wuduk sekurang-kurangnya 5 kali sehari.

3) Untuk mendapatkan bibir yang merah dan menawan,basahkanlah dengan zikrullah dan sentiasa bercakap yang benar.

4) Untuk memerahkan pipi, kesederhanaan adalah perkara yang paling penting yang boleh ditemui dalam ajaran Islam.

5) Untuk membuang kotoran di wajah dan tubuh anda, gunakanlah ‘sabun’ yang dipanggil Istighfar (memohon keampunan daripada Allah), ‘sabun’ ini akan membuang kotoran dan dosa yang anda lakukan.

6) Untuk rambut pula, kalau ada diantara kamu yang mengalami masalah rambut bercabang di hujung, pakailah Hijab yang akan melindungi rambut daripada rosak.

7) Untuk barang kemas atau perhiasan, cantikkan tangan anda dengan kerendahan hati dan didik tangan anda untuk mudah memberi dan berbuat kebajikan.

8) Untuk mengelakkan masalah hati, maafkan kesalahan orang yang pernah menyakiti hati anda.

9) Rantai anda akan menjadi tanda untuk menolong saudara-saudara Islammu.

Jika anda mengikuti saranan daripada yang Maha Pencipta ini, anda akan mempunyai kecantikan dalaman dan luaran. Insya-Allah !



(Petua) TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...



1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.


3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :)