Dekatlah pada-Ku, nescaya Aku akan mendekati padamu..


Bismillahirrahmanirrahim....

 Ya Allah.. lama sungguh tidak meng'update' blog dan menulis di sini.

Selain kekangan masa, saya juga dilanda taufan M atau lebih dikenali sebagai sindrom MALAS .. :) Allah. jauhi aku dari sifat ini. Masih punya banyak ilmu aku perlu kejar,masih banyak amalan perlu ku tempuh sebagai penemanku di kubur.
 
Lewat beberapa bulan ini saya merasa empati pada beberapa sahabat saya yang di uji Allah. Sungguh, mereka merupakan hamba-hamba yang amat sabar dalam menghadapi  dugaan dan ujian..Allah..Allah.. saya tidak mampu membantu lebih, selain menjadi pendengar dan menggulung sebuah harapan agar Allah mengurniakan mereka semua ketabahan dan kekuatan dalam ujian di hadapi.


Sungguh saya kadang-kadang bagai kehilangan kata dalam memberi semangat. Saya menjadi pilu kerana kuatnya mereka. Masih mampu memberi kebahgiaan meskipun badai kuat menghempas. Bahu pula sudah parah memikul beban...Allah..saya tidak mampu membantu.. selain menjadi pendengar dengan kata-kata yang baik.. Tulisan kali ini istimewa buat kalian..Moga mekarnya kekuatan, menahan beban dalam sujud, menahan rasa derita dalam senyum...

Buat sahabat-sahabatku yang di uji, di uji dengan perpisahan , diuji dengan kematian. di uji dengan kesempitan di uji dengan kesakitan dan pelbagai ujian kehidupan..Allah, beruntung kalian. Allah sedang melihat kalian..Melihat kalian dengan penuh rahmah dan kasih sayang..

Allah seolah -olah memberi isyaratNYA..Dekatlah padaKU! Nescaya Aku akan mendekati padamu! 


-----------------------

  "Saya sudah letih, tiada daya saya lagi.Ini jalan paling bahagia buat saya,"Katanya dalam nada sebak, sendu suaranya jelas tertahan.

"Allah lebih tahu yang terbaik buat saya, Allah jugalah yang menitipkan mehnah ini supaya saya lebih dekat padaNYA,bergantung hidup dan percaya hanya Allah adalah sebaik -baik pendengar," sambungnya lagi.


Saya mendengar dari awal kisah hidupnya bersama bekas suaminya.. Allaah, sungguh dia wanita yang cekal dan sabar. Namun, sabar bagaimana pun pastinya menitis juga hujan airmata.Kesan pukulan dan tamparan itu tidaklah sesakit hatinya bila dicurangi dan didustai oleh insan yang bergelar suami.

"Bukan mudah menjadi ibu tunggal, tapi tak mengapalah. Allah kan ada, pasti Allah tidak tidak lupa pada hambaNYA. Ujian begini bukan beerti jatuh tersungkur.. tapi, jatuh tersungkur untuk bangun dan terus berdiri..kan?" Jelas tenang tutur katanya lewat beberapa minggu lepas bila di hubungi. Tarbiyah Allah padanya mungkin di garap padu dalam jiwa. Allah. KAU pandu hatinya..Kuatkan jiwanya!


“Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari)

 “Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.”(Hadith riwayat Bukhari)





"Akak tidak sehat,muntah-muntah sejak maghrib.. badan berbahang rasanya," Luahnya pada saya..

"Anak-anak pun turut menerima ujian Seorang semi seorang ditimpa sakit.,sedih hati akak, tapi akak dan suami tidak akan putus asa, Anak-anak seakan memahami keadaan.," sambungnya.. Saya menahan sebak. Membaca hati ibu bapa tabah ini saya benar-benar kagum.
Mereka di sihir satu keluarga.


"Suami akak buatkan air ruqyah dan beri minum.. Itupun diminum ,muntah semula, itu sahaja amalan yang suami akak boleh beri buat masa ini," Balasnya lagi..katanya apa yang dialami mereka sekeluarga seperti disihir .

Allahurabbi.. Sungguh dugaan yang menimpa mereka sedikitkan pun tidak menjauhkan mereka dengan Allah. Malah semakin tinggi iman mereka. Masya-ALLAH. Tujuan untuk hidup berhijrah dari kepompong jahiliyah akhirnya menerima nasib sebegini..Allah menduga keimanan dan keikhlasan mereka dalam berhijrah.Pasti Allaah jugalah yang membantu..Percayalah. Cepat atau lambat, pertolongan Allah tetap akan tiba jua. Kuncinya tawakkal dan sabar.

Baru-baru saya mendapat mesej suami yang di kasihinya pula jatuh sakit. Kuku di tangan menjadi kuning tiba-tiba. Saya hanya mampu menitip doa agar semuanya dalam perlindungan Allah.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud:  “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah Al-Baqarah : 214)

 "Macam mana susah pun kena cuba senyum," Balasnya saat saya menyapa khabar.
 
"Harta yang ada bukan milik saya,semua milik Allah. Allah peri pinjam sahaja,sampai masa jika bukan rezeki,kita perlu berlapang dada,'' Tambahnya lagi.

Ligat fikiran saya mencerna.. Allah.. sanggupkah aku melakukan sedemikian jika aku di tempat dia. Allah, sungguh hanya manusia yang punya sifat redha mampu berbuat demikian. Redha dan tawakkalnya pada Allah atas apa yang Allah telah pinjamkan. Pasti di ganti dengan lebih baik. Nilai tawakkal dan redha itu lebih bernilai dari harta. Itu simpulan saya..

"Saya tak mahu menyusahkan sesiapa, selama ini pun, ramai yang salah faham,''Senyuman terukir jelas,seperti tidak mahu di beri kongsi beban duka..

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ (Hadith riwayat Imam Tirmizi)

Saya melihat dengan hati, sungguh Allah sentiasa menguji dan menguji, untuk melihat siapakah hambaNYA yang benar-benar tabah dan redha. Bergantung harap padaNYA sahaja. Saat inilah diuji akan keimanan dan pegangan.

Ya. Mereka ini antara mereka yang di uji Allah,
dan akhirnya KEMBALI pada ALLAH serta berserah kehidupannya pada ALLAH.

Sesunguhnya ujian itu mendekatkan jiwa ,hati dan iman mereka pada Rabbul Izzati.


One Response so far.

  1. Iman says:

    Subhanallah :')

Leave a Reply