6 Teka-teki Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya...


SUATU hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:

SOALAN PERTAMA  

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
  Lalu beberapa orang murid menjawab:
   Murid 1: Orang tua
   Murid 2: Guru
   Murid 3: Teman
   Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185)


SOALAN KEDUA 

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
  Lalu beberapa orang murid menjawab:

    Murid 1: Negeri China
    Murid 2: Bulan
    Murid 3: Matahari
    Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimana pun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok, dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama. 

SOALAN KETIGA

Imam Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini?
  Lalu bebarapa orang murid menjawab:

     Murid 1: Gunung
     Murid 2: Matahari
     Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A'raaf :179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. 

   "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti bintang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai." (Surah Al-A'raaf :179)

SOALAN KEEMPAT 
Imam Ghazali: Apa yang paling berat di dunia?
  Lalu beberapa orang murid menjawab:
    Murid 1: Baja
    Murid 2: Besi 
    Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. "Tumbuhan-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah." (Surah Al-Ahzab :72)

SOALAN KELIMA 

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini? 
  Lalu beberapa orang murid menjawab:
    Murid 1: Kapas
    Murid 2: Angin
    Murid 3: Debu
    Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na'uzubillahiminzalik.

SOALAN KEENAM 

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
  Murid-murid menjawab dengan serentak menjawab:
Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



One Response so far.

  1. Anonymous says:

    Alhamdulillah.. syukran ukhti! sy kongsi yer.. :)

Leave a Reply