Bismillahirrahmanirrahim...
Sebuah artikel dari blog iluvIslam untuk renungan diri...semoga bermanfaat, Insya-Allah.
Rasulullah
s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bacalah al- Quran kerana ia akan datang
pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya."
Riwayat Muslim
Pengajaran Hadis:
i) Al-Quran
merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi.
Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam
mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan
akhirat.
ii) Membaca
al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang
itu kepada Allah S.W.T. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca
satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh
ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat
di hari akhirat kelak.
iii) Sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :" Perumpamaan Mukmin yang
membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan
rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran
pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan
sedap."
iv) Membaca
al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah
Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan
suci (berwudhu') dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan
membaca Ta'auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan,
menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.
v) Pembacaan
al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca.
Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang
sebenar.
كَمَا
أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولاً مِّنكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا
وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُم
مَّا لَمْ تَكُونُواْ تَعْلَمُونَ
Sebagaimana
(Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus
kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu
dan menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-hikmah (As
Sunah), serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 151)
Insya-Allah, semoga Al-Quran sentiasa dihati...tak baca sehari seolah-olah ada kekurangan pada hari itu. Membaca kalamullah adalah penawar yang menenangkan jiwa...
Ya Allah, jadikan hati ini mencintai Al-Quran...Amin Ya Allah!