Bismillahirrahmanirrahim.....
Dari Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh At- Tirmidzi yang bermaksud....
“
Barangsiapa yang menjadikan akhirat obsesinya, Allah menjadikan hatinya
kaya, melancarkan semua urusannya dan dunia datang kepadanya dalam
keadaan tunduk. Barangsiapa yang menjadikan dunia obsesinya, Allah akan
menjadikannya miskin, mengacaukan semua urusannya dan dunia datang
kepadanya sebatas yang ditakdirkan untuknya.”
Dari
hadis di atas menjelaskan kepada kita , sesiapa yang memahami hakikat
tujuan penciptaan dirinya iaitu berubudiah hanya senya pada Allah SWT
dan menjadikan perkara ini sebagai kesibukannya yang utama dan pertama,
insyaAllah, Allah akan memberikan kemudahan dari seluruh urusan
dunianya, tidak perlu bersusah payah mengejar dunia!
Sebaliknya
dunia akan lari dari orang yang obsesinya adalah dunia, dimana ia lupa
akan tujuan penciptaan dirinya dan hanya mementingkan keinginan hawa
nafsu dalam dirinya. Semakin di kejar dunia semakin ia terlepas dari
tangan mereka.
Pesanan orang –orang soleh tentang perkara ini..
1. Sesiapa yang bekerja untuk akhiratnya, maka Allah SWT membuatkan kecukupan dalam masalah dunia
2. Sesiapa yang memperbaiki hubungan dirinya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan manusia.
3. Sesiapa
yang memperbaiki keadaan dirinya di saat bersendirian, maka Allah akan
memperbaiki keadaan dirinya di saat bersama orang lain.
Namun perkara kedua dan ketiga tidak mampu dilaksanakan jika perkara pertama tidak di kerjakan terlebih dahulu.
Para generasi tabiin pencari akhirat menjelaskan tentang bagaimana seharusnya kita berjalan
menuju akhirat dalam kehidupan kita didunia ini. Salah seorang generasi tabiin Al- Harits bin Qais Al-Ja’fi berkata......
“
Jika kamu mengerjakan salah satu dari urusan akhirat janganlah
terburu-buru. Sebaliknya jika kamu sedang mengerjakan urusan dunia
hendaklah kamu terburu-buru. Jika kamu inginkan kebaikan , janganlah
tunda. Jikalau syaitan datang kepada kamu ketika kamu sedang solat, dan
berkata kepada kamu, ‘ Kamu berbuat riya’, maka solatlah lebih lama
lagi.”
Persoalan-persoalan yang perlu kita fikirkan......
· Jika
kita menjadikan akhirat obsesi kita, kenapakah kita perlu terburu-buru?
Disaat kita mengerjakan urusan akhirat kita, contohnya solat kita,
zikir dan qiyamulail kita kenapa perlu terburu-buru ingin
mempercepatkannya? Sepatutnya memperuntukkan lebih banyak masa dan
tenaga dalam urusan akhirat ini!
· Jika
kita takut mati dalam suul khatimah (kesudahan yang buruk) dan takut
salah dan berbuat dosa, kenapa mesti berlama-lama dalam urusan dunia?
Padahal kita tahu dunia adalah penyebabnya suul khatimah ini!
Percepatkan urusan dunia kita yang memang pasti akan melalaikan kita
jika banyak masa dan tenaga kita tumpukan untuk hal-hal keduniaan ini!
Perlunya kita berhati-hati dengan tipu daya dunia yang menjadikan indah
segalanya yang terbentang di hadapan mata....!
Apa
yang penting ambilah sekadar keperluan untuk dunia ini.....cukup
sebagai bekal kita sebagai seorang musafir lalu dalam perjalanan menuju
kampung akhirat yang kekal abadi. Dalam perjalanan kita menuju akhirat
yang kekal abadi , segala sesuatu yang kita perolehi di dunia ini kita
meng’akhirat’kan dunia kita. Maknanya, matlamat hidup kita adalah untuk
mencari kebahagiaan di akhirat semata-mata! Dunia ini bukanlah tempat
kita mencari harta milik kita. Tiada sesuatupun yang kita miliki
sebenarnya hatta diri kita ini adalah milik Allah SWT. Harta hakiki
yang perlu kita cari bukanlah harta dunia yang sering direbut-rebutkan
tapi harta kita adalah iman dan takwa yang tersemat kukuh di sanubari!
Sahabat-sahabat
generasi tabiin begitu obses dengan akhirat, mereka tidak pernah
meminta harta dunia dari pemilik hakiki harta ini iaitu Allah SWT,
apatah lagi meminta harta dari manusia!
Satu
contoh untuk kita renungi iaitu kisah seorang cucu kepada Saidina Umar
Al-Khattab iaitu Salim bin Abdullah bin Umar bila ditanya oleh Khalifah
pada masa itu, Hisyam bin Abdul Malik......
Suatu
hari ketika Hisyam masuk ke dalam Kaabah , disana sudah ada Salim di
dalamnya. Ketika kedua-duanya berada di dalam Kaabah, Hisyam berkata
kepada Salim, “ Hai Salim , Beritahu kepadaku apakah keperluanmu?
Jawab Salim, “ Aku malu pada Allah jika meminta selain Dia di Baitullah ini.”
Apabila
Salim keluar dari Kaabah , Hisyam mengikutinya keluar dan bertanya lagi
kepada Salim,” Sekarang engkau telah keluar dari Kaabah, beritahu aku
apakah keperluanmu. Salim bertanya pula kepada Hisyam, “ Keperluan apa,
keperluan dunia atau keperluan akhirat? Hisyam menjawab, “ Tentulah
keperluan dunia.”
Tapi Salim menjawab dengan penjelasan ini.....
“
Aku tidak pernah meminta dunia pada pemilik hakiki dunia. Bagaimana
aku harus memintanya pada orang yang tidak memilikinya?’
Generasi
Tabiin yang soleh seperti Salim bin Abdullah bin Umar ini sentiasa
merasai pengawasan Allah dalam semua aspek kehidupan mereka di dunia
ini. Mereka ‘melihat’ Allah dalam segala hal. Dengan pengawasan Allah
yang mereka rasai ini, menjaga mereka dari dari berbuat dosa dan
maksiat kepada Allah.
Berbezanya
dengan kita . Akibat lupanya kita kepada pengawasan Allah dalam diri
kita, membuatkan kita senang bermaksiat pada Allah.. Seorang ahli
ibadah Bilal bin Saad berkata......
“ Kamu janganlah melihat kecilnya dosa , namun lihatlah kepada siapa kamu bermaksiat.”
Jadi
tidak boleh kita meremehkan dosa-dosa kecil yang kita lakukan, apatah
lagi dosa besar! Melakukan dosa menunjukkan keingkaran kita untuk taat
pada Allah dan menzalimi diri kita sendiri. Cepat cepat kembali
padaNya bila tersasar dalam kehidupan ini....Rahmat Allah begitu luas
kepada sesiapa yang ingin bertaubat dan kembali pada Allah SWT.